CARSOME Academy Meterai Sijil Kerjasama Dengan Yayasan Raja Muda Selangor, Memperkasa Belia Melalui Program TVET

  • CARSOME Academy menerima Sijil Kerjasama (CoC) semasa Hari Terbuka TVET YRMS yang dirasmikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

  • Kerjasama ini merangkumi pemberian biasiswa dan penglibatan lebih luas dalam pembangunan kemahiran untuk belia yang kurang berkemampuan, membuka peluang kerjaya yang lebih cerah pada masa hadapan.

(Kiri - kanan) YAD Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, dan Pengasas Bersama CARSOME dan CEO CARSOME Academy, Jiun Ee Teoh, di Hari Terbuka TVET YRMS, yang juga menyaksikan pelancaran kerjasama rasmi antara CARSOME Academy dan Yayasan Raja Muda Selangor.

Sabak Bernam, 23 September 2024 – CARSOME Academy dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasi dengan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) untuk meningkatkan peluang belia yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Kolaborasi ini diserlahkan dengan penerimaan Sijil Kerjasama (CoC) yang disampaikan semasa Hari Terbuka TVET YRMS yang diadakan di Politeknik Sultan Idris Shah, baru-baru ini. Majlis tersebut, yang dirasmikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, mengiktiraf CARSOME Academy sebagai salah satu daripada enam rakan institusi utama yang bekerjasama dengan YRMS.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama baharu ini, biasiswa akan ditawarkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan, membolehkan mereka melanjutkan pelajaran di CARSOME Academy. Sebagai institusi latihan TVET automotif yang diiktiraf, CARSOME Academy komited dalam mempersiapkan belia untuk industri automotif dengan menawarkan program TVET yang menyeluruh dan selaras dengan kehendak industri.

Sejak penubuhannya pada tahun 2003, YRMS telah berdedikasi untuk memperkasakan belia yang kurang berkemampuan melalui program pendidikan, vokasional dan pembangunan diri. Hingga kini, YRMS telah menyokong lebih daripada 5,726 pelajar dari seluruh Malaysia, memupuk bakat terpendam dan membantu mereka membina masa hadapan yang lebih cerah.

Melalui kolaborasi ini, CARSOME Academy akan menyokong misi YRMS dengan menyediakan laluan khusus dalam sektor automotif dalam masa yang sama menawarkan alatan dan pendidikan kepada belia yang kurang berkemampuan supaya mereka dapat meraih peluang pekerjaan dan perkembangan diri.

(Kiri - kanan) YBhg. Dato’ Haji Shamsuddin Amran (Ketua Kumpulan Bahagian Perkhidmatan Selepas Jualan, Bermaz Auto Berhad), Noorsalizawaty binti Nordin (CEO, Akademi Sulam Emas), Muhammad Syazwan Bin Mohd Daut (CEO, Yayasan Raja Muda Selangor ), YAD Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Jazeman Firhan bin Jaafar (Pengarah Eksekutif, Persona Energy), Jiun Ee Teoh (Pengasas Bersama, CARSOME dan CEO, CARSOME Academy), Izham Zakaria (CEO, Aerodyne Flight Institute) and Khairul Azlan Zainal Ariffin (CEO dan Pengasas Bersama, TODAK) di Hari Terbuka TVET YRMS.

Aspek-aspek Utama dalam Sijil Kerjasama (CoC)
Sebagaimana yang dinyatakan dalam Sijil Kerjasama tersebut, CARSOME Academy dan YRMS telah bersetuju untuk bekerjasama dalam perkara-perkara berikut:

  • Memberi pertimbangan dan keutamaan terhadap permohonan bantuan pengajian bagi pelajar yang layak menerima pembiayaan.

  • Mewujudkan peluang kerjaya dan meningkatkan pembangunan kemahiran bagi graduan CARSOME Academy.

  • Membuka peluang dalam perkongsian kepakaran, peralatan dan kemudahan fasiliti.

  • Berkolaborasi dalam perundingan latihan dan program pensijilan berkaitan.

  • Berkongsi usaha dalam bidang penyelidikan, penerbitan, inovasi, dan pengkomersialan.

  • Bekerjasama dalam pelaksanaan program belia dan komuniti, dan program-program kerjasama lain yang dipersetujui bersama.

Jiun Ee Teoh , Pengasas Bersama CARSOME, dan CEO CARSOME Academy, berkata, “Kerjasama dengan YRMS ini membolehkan kami untuk memperluaskan peranan dan impak kami dalam komuniti. Dengan menyediakan biasiswa dan pendidikan berkualiti melalui program TVET yang fokus kepada automotif, kami dapat membantu membentuk tenaga kerja masa hadapan dan memberikan peluang kepada belia kurang berkemampuan untuk berjaya.”


###

Previous
Previous

Press Release: CARSOME Academy Signs Certificate of Collaboration with Yayasan Raja Muda Selangor, Empowering Youths with TVET Programs

Next
Next

Do You Need a Pickup Truck? How to Choose the Right Workhorse for Your Lifestyle in the Philippines